Sabtu, 5 September 2009

Berpolitik Sebagai Satu Ibadah... Kerana Allah

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini kita renungkan bersama..
Perjuangan kita kepada Agama, Bangsa dan Negara iaitu Berpolitik sebagai satu ibadah kerana Allah...

Tujuan utama manusia dijadikan ole Allah yakni menjadi hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini.

Untuk menjadi Hamba Allah, ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada Allah. Ini soal akidah...

Sebagai Khalifah, ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmur muka bumi ini dengan bijaksana dan profesional berpandukan peraturan Allah. Ini soal syariat...

Dalam konsep Berpolitik sebagai satu ibadah, Allah menjadi paksi segala dorongan. Pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara mestilah berpandukan syariat. Sifat ikhlas merasakan berbuat atau meninggalkan sesuatu hanya kerana dan untuk Allah.

Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep politik sebagai satu ibadah ini.. maka dengan sendirinya kepentingan rakyat didahulukan. Mendahulukan rakyat bererti mengemudiankan diri sendiri...

1 Malaysia. Rakyat Didahulukan... Pencapaian Diutamakan...

1 ulasan: