Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam Aidil fitri
Maaf Zahir dan Batin

Kesempatan ini Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Seluruh Umat..

Khususnya Warga UMNO Bahagian Larut..

YB Datuk Hamzah Bin Zainuddin ( Ahli Parlimen Larut )
YB Kapt(B) Dato`Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj Elias Al Hafiz ( ADUN Batu Kurau )
YBM Dato Seri Raja Hj Ahmad Zainuddin Bin Raja Hj Omar ( Ketua UMNO Bahagian Larut ) Serta AJK UMNO Bahagian Larut

Teristimewa Kepada...

Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut yang diketuai oleh sdr Mohd Anuar Bin Ariffin dan Sdr Mohd Affendi Teridi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Ketua-ketua Pemuda Cawangan serta seluruh Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut.

Semoga Aidilfitri Kali ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita...
Ingatan Tulus Ikhlas:
Mohd Hafiz Bin Mohamad Noopiah
( Pengerusi Biro Pendidikan Dan Agama Pemuda UMNO Bahagian Larut )
Rohana Bt Harun ( Isteri )
Fatin Nur Aina
Ahmad Naqeeb Al Iman
Ahmad Nazreen Al Iman.

Isnin, 14 September 2009

Malam Lailatul Qadar

Di dalam Ramadhan yang berkat ini Allah menghadiakan kepada hamba-hambanya satu malam yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar..

Sabda Rasulullah yang membawa maksud :-
Sangat malang, orang yang berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya.. ( HR : Ibnu Khuzaimah Al-Baihaqi )

Isnin, 7 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Syurga Dunia

... Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat... Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia dahulu...

... Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia yang paling indah buatku....
... Tempat kerjaku adalah syurga harianku....
... Tetangga, masyarakat dan bangsaku adalah syurga duniaku yang luas.....
... Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku....

( kata-kata oleh Allahyarham ustaz asri Ibrahim Rabbani )

Sabtu, 5 September 2009

Berpolitik Sebagai Satu Ibadah... Kerana Allah

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini kita renungkan bersama..
Perjuangan kita kepada Agama, Bangsa dan Negara iaitu Berpolitik sebagai satu ibadah kerana Allah...

Tujuan utama manusia dijadikan ole Allah yakni menjadi hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini.

Untuk menjadi Hamba Allah, ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada Allah. Ini soal akidah...

Sebagai Khalifah, ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmur muka bumi ini dengan bijaksana dan profesional berpandukan peraturan Allah. Ini soal syariat...

Dalam konsep Berpolitik sebagai satu ibadah, Allah menjadi paksi segala dorongan. Pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara mestilah berpandukan syariat. Sifat ikhlas merasakan berbuat atau meninggalkan sesuatu hanya kerana dan untuk Allah.

Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep politik sebagai satu ibadah ini.. maka dengan sendirinya kepentingan rakyat didahulukan. Mendahulukan rakyat bererti mengemudiankan diri sendiri...

1 Malaysia. Rakyat Didahulukan... Pencapaian Diutamakan...